Tuesday, February 5, 2013

resepi kuih chocolate cake


Resepi kuih cake coklat ini saya dedikasikan kepada para Chocolate lovers seperti saya. Saya jamin para pencinta kek coklat akan benar benar ketagihan jika sudah merasa resepi kuih kali ini. Bayangkan dibahagian tengahnya terisi lelehan coklat yang manis melekit. Sedangkan pada bahagian luar ditutupi lapisan kek coklat yang renyah tapi lembut. Jika dimakan bersama ice cream vanilla lazatnya sampai suapan terakhir. yummy

Sajian resepi kuih kali ini boleh dikatakan eksklusive kerana resepi cake seperti ini biasanya hanya ada direstoran elite. Dulu saya kadang ragu jika akan masuk ke restoran elite, kerana khuatir harga tidak sesuai rasa. jadi tunggu apa lagi?jom kita mulakan penyediaan bahan ^_^

Yang perlu disiapkan:

Untuk membuat coklat isi:
320 mili liter cream segar
320 gram dark cooking chocolate, dicincang

Untuk membuat kuih pelapis:

400 dark cooking chocolate, dicincang kasar
400 gram mentega tawar
8 kuning telur
8 putih telur
1120 gram tepung terigu
160 gram gula putih
80 gram brown sugar

Bahan pelengkap:

320 gram ais krim vanila
80 ml sos coklat

CARA MEMBUAT RESEPI KUIH CAKE COKLAT:



Coklat isi: coklat di tim sampai meleleh. angkat
Cream dipanaskan hingga mula mendidih. angkat
Masukkan cream pada lelehan coklat sambil diaduk hingga campuran pekat dan merata.
Biarkan sampai mengeras
Buat adunan coklat berbentuk bola bola bersaiz kecil. Pisahkan

Kuih pelapis:

Putih telur dipukul hingga kaku
Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga kaku
Coklat di pasukan bersama mentega hingga meleleh
Masukkan kuning telur, dan kacau sampai pekat
Masukkan gandum, sambil dikacau merata
Tambah campuran putih telur dan gula, teruskan mengacau sampai semua adunan menyatu dan merata
Siapkan mangkuk tahan panas
Masing masing mangkuk diberi 1 buah bola coklat isi
Tutupi dengan adunan kuih disekelilingnya 
Diamkan pada peti sejuk dalam masa 1 jam
Bakar pada oven bersuhu 200 C dalam masa 20 minit
Angkat dan lepakan dari loyang
Hidangkan bersama sos coklat dan ais krim vanilla
Untuk 20 buah

tada!!! ini lah hasil kuih cake chocolate tuh (^_^)





Yummy kan rasanya. Coklat memang salah satu penemuan manusia yang paling menakjubkan. Saya suka sekali resepi kuih cake coklat kegemaran saya ^_^
selamat mencuba   (^.^)V